Sengkuang atau dikenali juga dengan nama seperti ubi sengkuang, sengkuang cina, beng kwong atau yambean dalam bahasa Inggeris . Mula - mula kenal sengkuang ni semasa Mar berkerja di sebuah hotel tahun 2006. Makan rojak la tu..hehe so saya terus tanya abang Chef apa namanya menu tu. 😉 Rojak Buah katanya menu utama adalah Ubi Sengkuang ..terus melekat ke hari ini.
Orang kata,kandungan vitamin C yang terdapat dalam ubi sengkuang dikatakan berupaya mengubati bibir melepuh atau ulser, ekzema, demam dan sebagai antioksidan yang baik bagi tubuh. Selain itu ubi sengkuang ini juga sangat baik untuk diambil bagi mereka yang mengalami gangguan kolesterol kerana sengkuang mampu membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang ada di dalam darah.
Selain dari itu, ubi sengkuang juga boleh dikeringkan dan dijadikan ubat herba untuk diminum bagi mengurangkan panas badan akibat demam. Amalan meminum jus ubi sengkuang boleh melawaskan kencing, penawar demam kuning serta gout.
Ok hari ini Mar dan Mak Mentua sedang membelek stok benih Sengkuang . Sengkuang ni senang tumbuh pada Top Soil asalkan rajin siram sikit ok la tu.
Opsiee..kalau ada yang berminat mau dapatkan benih sengkuang ni boleh ja WA kita di nombor ini 011-18718343 ya..8 biji RM1.88 ✌ COD area Matunggong & KM sahaja ya!

No comments:
Post a Comment