Wednesday, March 20, 2019

Edible Hibiscus (Abelmoschus manihot)

Edible Hibiscus, Abelmoschus manihot, bele atau abika, adalah tumbuhan protein berkhasiat tinggi, tumbuhan ini memiliki daun yang besar atau lebih besar daripada piring, dan bunga bunga raya yang indah. Mar kurang tahu apakah nama pohon ini dalam bahasa Melayu. Dah puas mengoggle hahha
Pokok ini mula-mula kenal ingatkan bunga raya yang biasa Mar jumpa rupanya tidak. Ia boleh dimakan dan sangat sedap👍👍


The Edible Hibiscus ( Abelmoschus Manihot aka Bele ) but my Mother In Law said this is ' Sayur Jepun' 😆. Planted is so easy.

Money doesn't grow on trees, but salad does!




Tumbuhan ini juga sangat tahan lasak, kuat dan berlimpah daunnya. Sumber makanan protein yang sangat sempurna! Edible Hibiscus telah menjadi salah satu sayuran ruji saya kerana ia mudah ditanam tak rumit mana. Kita tanam guna keratan batang. Cara masak pun sama seperti sayuran bayam.




Nak keratan batang Bele ni boleh ja WhatsApp kita ya.

Sengkuang Mari

Sengkuang atau dikenali juga dengan nama seperti ubi sengkuangsengkuang cina, beng kwong atau yambean dalam bahasa Inggeris . Mula - mula kenal sengkuang ni semasa Mar berkerja di sebuah hotel  tahun 2006. Makan rojak la tu..hehe so saya terus tanya abang Chef apa namanya menu tu. 😉 Rojak Buah katanya menu utama adalah Ubi Sengkuang ..terus melekat ke hari ini. 


Orang kata,kandungan vitamin C yang terdapat dalam ubi sengkuang dikatakan berupaya mengubati bibir melepuh atau ulser, ekzema, demam dan sebagai antioksidan yang baik bagi tubuh. Selain itu ubi sengkuang ini juga sangat baik untuk diambil bagi mereka yang mengalami gangguan kolesterol kerana sengkuang mampu membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang ada di dalam darah.

Monday, March 18, 2019

CHANGE TOPIC TO PLANTS AND LIVING AT RURAL AREA

Hello ,
Kopivosihan!

Lama gilak saya tidak keep updated Blog ini kan .😁😁 Ada rakan yang sampai whatsapp saya bertanya saya kenapa lama saya tidak menulis di Blog Forever ini, huhu alahai since 2016 saya pulang ke desa dengan kata lain kembali ke kampung halaman dan mengikuti suami berpindah ke SMK Sikuati 2,  dunia penulisan di Online terus di lupakan.

Masalah talian internet kurang di desa, kelajuan dan kadang-kadang kurang data membuatkan segala niat itu terbantut. Bikin gerigitan menunggu line still roaming hahaha

Anyway, hari ini 18hb Mac 2019 saya online dan akan mula menulis semula di Blog ini. Terima kasih pada sahabat-sahabat maya yang masih setia dan terus mengikuti saya semenjak 2009  lagi ( Sebelum ini blog di beri nama - nuranimarny.blogspot.com

Namun, kali ini terdapat sedikit perubahan dimana saya akan berkongsi tentang kisah kehidupan sementara ini  di desa dan tentang tumbuhan yang saya rasakan  rare kadang-kadang saya sendiri pun jarang ketemu. Saya mula menanam semenjak Julai 2018 , Saya memang minat menanam semenjak di darjah 4 saya kira . Dan kesibukan itu pun  mulai selepas anak   masuk ke sekolah tahun lalu  dan merasakan ini masa yang terbaik untuk merealisasikan impian untuk memiliki taman halaman sendiri.

Saya dan suami juga mula membuat projek Bata Interlocking .  Apa itu bata interlocking nanti saya akan  share di post yang lain ya..Sementara menunggu Bengkel kami siap ni sambil kita menanam-nanam di halaman kan gituu..



Idea projek  ini juga telah berjaya memenangi Grant 10K di SHELL LIVEWIRE SABAH 2018!
Puji Tuhan...the new journey began !!



Okay uols, sampai jumpa lagi ya. Do support us ya! Kita-Kita juga baini dibilang.

Kounsapatan