Kulit Yang Cantik Tanpa Mengira Usia
Kulit yang cantik adalah hasil badan yang sihat. Untuk menikmati kesihatan yang baik, anda perlu menjaga keperluan gaya hidup, termasuklah keperluan pemakanan.
Adalah tidak
terlalu awal atau lambat untuk
menjaga kulit anda
dengan produk FOREVER LIVING.
![]() |
| Cuba teka mana yang dulu mana yang sekarang? Hihi.... |
Berusia 20-an 
Ini adalah dekad yang paling penting untuk kulit anda. Cara
anda
menjaganya pada usia ini akan menentukan
bagaimana keadaan kulit anda pada
sepanjang hayat. Oleh kerana kulit anda
pada usia ini adalah paling sihat, dengan sokongan kolagen yang kuat, kulit anda
kelihatan anjal. Apa sahaja kerosakan
disebabkan
sinaran matahari, ia masih belum kelihatan.
Aduan nombor
satu bagi wanita dalam lingkungan
20-an adalah jerawat, dan
kebanyakannya
boleh dielakkan. Kebanyakan wanita 20-an
mengalami jerawat adalah
disebabkan
oleh penggunaan produk yang menyebabkan
kulit semakin kering, dan mengakibatkan
kelenjar minyak aktif, justeru menyebabkan
jerawat. Perubahan hormon juga menyebabkan
kelenjar minyak terlalu aktif.
Berusia 30-an
Walaupun anda menjaga kulit anda dengan baik, anda mungkin mula mendapati garis halus dan kedut muncul khasnya di sekitar mata dan bibir. Kulit menjadi lebih nipis dan kolagen makin berkurangan. Penggantian sel semakin lambat, menjadikan kulit anda kelihatan kusam.Berusia 40-an
Anda mula mendapati kerosakan sinaran matahari muncul dalam bentuk tompok-tompok warna tidak sekata dan bintik merah. Kulit anda kehilangan kolagen dan keanjalan, dan kelembapan semakin berkurangan. Oleh kerana kulit anda tidak mencerminkan cahaya sekata, kulit anda kelihatan tidak berseri.
Berusia 50-an dan selepasnya
Adalah tidak terlalu lambat untuk mencegah kerosakan sinaran matahari dan menghentikan perkembangan kerosakan yang mungkin anda alami. Penggantian
sel adalah
lambat; perubahan paling ketara yang anda akan perasan adalah
kekeringan dan kehilangan keanjalan. Urat mula timbul (‘spider veins’) dan
pigmentasi (tompok usia), tompok kerosakan matahari mungkin
muncul. Menopaus boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit,
termasuklah kekeringan yang melampau dan jerawat.







No comments:
Post a Comment